Bicara liwat: Pakar asing setuju tindakan tiga doktor

Posted by sostiram

http://www.utusan.com.my/utusan/index.aspKUALA LUMPUR 24 Ogos - Pakar forensik yang dilantik oleh pihak pembelaan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. David Wells, bersetuju dengan tindakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.
Para doktor berkenaan hanya menyatakan mengenai penemuan air mani pada calitan-calitan sampel tertentu dalam laporan perubatan dan hanya membuat tafsiran mengenai wujudnya kemasukan zakal dalam anal di mahkamah.
Sumber Utusan Malaysia terkini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri .....

Posted by sostiram

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam tidak kira dimana berada.
Semoga keberkatan ramadhan yang di nikmati berkekalan bukan hanya kebaikan yang kita lakukan hanya di bulan ramadhan sahaja.

Anak Harimau dilamar!!!!!!!

Posted by sostiram

Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.
Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.
Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.
"Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.
"Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.

"Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.